Sujud sahwi dikerjakan:
- setelah selesai membaca tahiyyat akhir
- sebelum memberi salam
- dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.
Sujud sahwi dilakukan kerana sebab-sebab berikut:
- Kerana tertinggal tasyahud pertama di rakaat yang kedua, jika solat itu lebih dari dua rakaat.
- Kerana ragu dalam bilangan rakaat sembahyang.
- Kerana menambah satu rakaat atau sujud kerana lupa
- Kerana tertinggal doa qunut dalam Solat Subuh atau sewaktu solat witir di pertengahan puasa ke atas.
- Kerana tertinggal selawat atas Nabi sesudah tasyahud yang pertama dan sesudah qunut, dan selawat atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w sesudah tasyahud akhir.
Cara mengerjakannya sama seperti sujud biasa, maksudnya dengan takbir di antara dua sujud dan di kerjakan sesudah tahiyat akhir sebelum memberi salam.
Lafaz sujud seperti berikut;"Subhana man la yanamu wala yashu"Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa.Tidak ada bacaan di antara duduk di antara dua sujud sahwi tersebut, sekadar mendiamkan diri.Wajib berniat sujud sahwi, iaitu mengqasadkan dalam hati sujud sahwi beriringan ketika hendak melakukan sujud tanpa melafazkan niat tersebut. Jika dilafazkan niat itu maka batal sembahyang.