Masbuq

 
Sabda Rasulullah saw:
"Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud, hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakat. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam, maka ia telah mendapat satu rakaat."(H.R. Abu Daud).
 
Dari hadis di atas, maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk dianggap telah mendapatkan satu rakaat, biarpun tanpa sempat menyempurnakan rukun fatihahnya. Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal, dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk, atau makmum memasuki solat semasa imam sujud atau duduk tahiyyat dan sebagainya, maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq").

Masbuq ialah orang yang sembahyang mengikut imam yang tidak mendapati waktu yang cukup untuk membaca al-Fatihah . Bermula masbuq (dikira satu rakaat) ialah apabila makmum tersebut mendapat rukuk bersama-sama imam.

  • Bila didapatinya imam sedang berdiri dalam pembacaannya, tetapi ia khuatir kalau-kalau imam segera rukuk sebelum ia selesai membaca al-Fatihah, maka ketika itu baiklah ia membaca Fatihah yang tinggal.
  • Bila didapatinya imam sedang rukuk atau akan rukuk, maka hendaklah ia membaca Takbiratul Ihram saja, kemudian dengan tidak membaca al-Fatihah hendaklah ia rukuk pula beserta imam, sambil membaca takbir untuk rukuk. Dan ketika itu dia masih dapat satu rakaat sembahyang kerana ia sempat rukuk bersama imam. Yang dimaksudkan ialah satu rakaat sembahyang yang sempurna tetapi tidak bererti bahawa ia boleh memutuskan (mengakhiri) sembahyangnya bersama-sama imam, tetapi setelah imam memberi salam, hendaklah dia meneruskan sembahyang iaitu mencukupkan rakaat yang masih tertinggal.
  • Bila didapatinya imam sedang duduk membaca tasyahud awal atau sedang sujud ; hendaklah ia duduk beserta imam dengan tidak membaca takbir, yakni setelah ia membaca takbiratul ihram. Ketika itu tidak wajib baginya membaca tasyahud itu selain duduk saja mengikut imam sebab bukan tempat baginya membaca tasyahud waktu itu. Begitu juga wajib atasnya mengikut imam pada perbuatan apa sahaja yang masih didapatinya sekalipun perbuatan itu tidak dihitung baginya. Adapun bacaan al-Fatihah bagi masbuq di ketika ini adalah tertanggung kepada imam.
  • Di antara rukun sembahyang yang wajib dibuat oleh seseorang ialah membaca tasyahud akhir.
  • Wajib bagi makmum masbuk membaca tahiyyat akhir ketika imam membaca tahiyyat akhir.
  • Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir, tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir.
  • Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua.

  • Bila si masbuq mengikut imam yang sedang membaca tasyahud akhir, maka tidak boleh ia diam sesudah imam mengucapkan salam yang pertama tetapi hendaklah ia segera berdiri dengan tidak membaca takbir, kerana waktu itu bukanlah tempat baginya membaca takbir itu.
  • Tetapi jika duduk yang akhir bagi imam itu waktu duduk bagi si masbuq, umpamanya didapatinya imam di rakaat ketiga, maka rakaat keempat bagi imam tentu merupakan rakaat kedua baginya atau didapatinya imam dirakaat kedua dalam solat Maghrib, maka rakaat ketiga bagi imam menjadi rakaat kedua baginya, maka boleh ia diam sebentar sesudah salam yang pertama itu. Bahkan disunatkan baginya berdiri sesudah imam memberi salam kedua.

Make a Free Website with Yola.